So they say I got six stomach. A husband & father, food photographer, food styling evangelist, creative director, entrepreneur, sometimes actor, model, foodie host. A milo ais & ramly burger addict!
Pada hari minggu 29 ke 31 October adalah minggu di mana lebih 500 peserta menerbit kan sebuah filem pendek dalam jangka masa 48 jam sahaja. Biar benar wei?!? Benar siol. Aku bernasib baik dapat berkarya dan berpeluang bersama pasukan Orang Utan yang terdiri daripada Ikhwan Rivai (Pengarah / Penulis), Aku Riz Ainuddin (Hero), Tamara (Kelly), Gen (Editor), Nagi (Penerbit) dan crew-crew lain yang terlibat dalam pegerakan “The 48 Hour Film Project Kuala Lumpur 2010“
Pada Jumaat 29hb October 7pm di Finas bermula lah semuat penggiat filem memulakan karya mereka. Tetapi… jeng jeng jeng… ada syarat ok! Semua filem bukan sahaja kena habis dalam masa 48 jam tetapi wajib memasukkan elemen seperti berikut dalam setiap filem:
Watak: Daniel Mamat atau Danisya Mamat
Prop: Bola Golf
Dialog: “Okay, tell me what is the problem now”
Inilah dia hasil nya dari team aku, team Orang Utan. “Sketch”. Enjoy!
Kalau nak lihat karya yang lain layari lah ke Satoo.TV untuk melihat semuat filem-filem pendek “The 48 Hour Film Project Kuala Lumpur 2010” Berikut adalah antara filem-filem pendek yang aku minat.
“Belum Tiba” a film by Kino-I. Genre: Road Movie. Ada pelakon aku minat kerja beliau Hasnul Rahmat.
“Skodeng-Kebenaran Yang Nakal” a film by Produksi Enjitsemut. Genre: Mockumentary. Pemenang dan pukul habis semua Kategori. Peh!
“Who is ‘X’” a flim by Organized Riot. Genre: Film Noir.
a testimony of a Muslim stricken with Metastasis Cancer.
(The author passed away peacefully at the age of 39 in his Taman Permata home on the 27th. November 2005due to terminal cancer. He is survived by his wife, a young son and two younger daughters. He left behind a clear request to distribute this article only after his death. Pray that Allah give His Mercy to his soul and reward him with Jannah. Ameen) – his elder brother
Beberapa minggu lalu aku diberi buku ini untuk dibaca. Setelah aku membaca habis, aku sedar betapa lemah nya kita sebagai hamba Allah SWT dan hanya kepada dia kita meminta petunjuk dan pertolongan. Ia mengisahkan seorang yang menemui ajal akibat metastasis cancer. Sejenis kanser yang membiak pertumbuhan dari organ ke organ tubuh manusia. Bagaimana dia mengahadapi nya dengan ‘Redha dan Tawakkal’ atas apa ya telah di jadi. Kita senang terlepas pandang kenapa kita di beri ujian atau dugaan. Hanya Allah SWT tahu ia jadi untuk kebaikan kita kerana dia Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Buku ni ditulis dalam bahasa inggeris, siapa yang tak pandai baca tolonglah mintak kawan yang tahu bacakan. Aku syorkan buku ini untuk dibaca.
Every muslim should read this story. It certainly moved me and reminds more me to think of Allah SWT. Especially now in the fasting month of Ramadan. It is easy to lose sight that we are actually at the mercy of the almighty Allah SWT. Hope this read will bring the same experience to you as I did.
Pass the word around. Mudah-mudahan bulan puasa 2010 nih dapat memberi kesedaran lagi dari apa yang dibaca. Maaf jika ada kekurangan.
Wallahualam.
Sudah masuk malam ramadan ke-4, akan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang cukup mulia yang berlipat-lipat macam tikar mengkuang gandanya pahala dari Allah SWT. Semoga kita mendapat rahmat dan pentunjuk dari nya agar kita menjadi orang-orang golongan kanan atau soleh atau bertaqwa.
Insya-allah. Hanya kepada Allah SWT kita kembali.
Pasti ramai yang sudah (atau tidak, atau tak heran langsung) menyaksikan drama terbaru di slot aksi (tv3 atau saluran 103 di astro jam 9pm) iaitu ARJUNA. Aku kali ini memegang atau membawa watark seorang pendekar sakti ber-lembing bernama Andika (Riz Ainuddin) bersama barisan pelakon hero malaya terkini Remy Ishak (Arjuna) Fikhree Bakar (Suria) dan heroin comel Nora Danish (Cempaka) dan seorang lagi heroin baru Ana Dahlia (Sutera).
Kisah seorang (nah sinopsis nya) bersiapa sedia lah kesatria untuk membaca nya. *Bermula dengan bunyi seruling ala cerita-cerita purba dan gong*
Kisah bermula apabila pendita Dzulkarnain mewariskan permata wilis dan pedang Citra Dewata kepada anak muridnya, Adipura dan keturunannya sahaja.
Setelah Grakus dan Gempita berpaling tadah menjadi penjahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti tersebut. Namun, Adipura sempat menyerahkan permata Wilis kepada kedua-dua anaknya Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan.
Arjuna dan Sutera diselamatkan oleh adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Sahar, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera. Manakala jejak adiknya tidak diketahui.
Selepas 18 tahun, Arjuna telah membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam satu insiden, Arjuna secara tidak sengaja telah menggunakan kuasanya dihadapan orang kampung. Maka, pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan permata Wilis telah ditemui.
Masing-masing telah menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.
Keluarga angkat Arjuna terbunuh, manakala Arjuna telah mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna telah berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera adalah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna telah belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya. Arjuna juga berkenalan dengan Satria Aduka dan Suria serta Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan.
Rombongan pendekar telah buat persediaan untuk ke bandar diraja untuk bertemu dengan pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada permata Wilis? dan pedang Citra Dewata pertarungan antara Arjuna dan Gempita merupakan kemuncak yang pasti mengegarkan dalam drama bersiri ini.
Panjang giler sinopsis, aku ingat sinopsis pendek jer tapi begitulah cerita nya. Jadi jangan lupa untuk saksikan 26 episod cerita aksi ARJUNA ini yang di terbit kan oleh KRU Studios dan TV3. Ada beberapa episod aku menjadi hero (maaf Arjuna, aku pun nak rasa jadi hero gak. LoL!).
Kebanyakkan kesan khas adalah mengunakan komputer atau CGI. Dan aksi-aksi lasak seperti stunt and gaduh adalah saya sendiri. Nak cakap pasal kecederaan, memang lah ada. Ada sekali mata lagi sikiiiiiiit jer nak kena calar. Alhamdulillah, saya ok. Allah memberi warning jangan riak sangat masa berlakon. Saya mengaku saya salah. Masa untuk ke hadapan dan memperbaharui.
Semoga sakti kesatria mengiringi peminat saya semua.
Sempena menyambut kelahiran anak ke-3 kami, sebagai orang islam diwajikan/disunnahkan untuk meng-aqeqah kan seekor kambing untuk anak perempuan dan 2 kambing kalau di kurniakan anak laki-laki.
Terima kasih pada En. Mohamed, iaitu juga bapa kepada kawan sekolah rendah aku yang berjaya membuat tetamu-tetamu terliur air liur dan mengidam sampai keesokan hari nya dengan cara kambing ini di masak atau di guling atas arang. Peh! Gua cakap lu beb, memang sedap, sekarang aku pun dah terliur terfikir pasal kambing nih.
Nak nombor telefon? +60169828227 En. Mohamed. Aku berani recommend. Selamat mata menjamu selera tatapan kambing di atas. Ampun!
Pada 8 hb July 2010, 13.33 tengahari. Kami telah di kurniakan anak perempuan ke-3 bernama Aliyah. Satu nama yang mulia dan tinggi darjatnya. Satu lagi tanggungjawab yang harus aku pikul agar anak adam ini menjadi seorang muslimat yang solehah dan bertanggungajawab dan berjaya dalam agama, hidup di dunia dan akhirat.
Memang ada anak-anak nih menjadi penyejuk hati walaupun ada masa nya diorang boleh bikin stress. Harus banyak kan bersabar.
Dapat berita bahawa Hj. Jack Usof telah meninggal kan dunia dan kembali ke rahmatullah hari nih. sedekah kan al-Fatihah. Jack Usof adalah watak bersejarah yang saya telah bawa dalam drama epik bersiri Warkah Terakhir Rosly Dhoby.
Jack adalah ahli PPM yang terpilih dan salah seorang 13 anggota pertubuhan rahsia Rukun 13 yang bertujuan untuk merancang dan membunuh Governer British di Sarawak pada tahun 1948/49 yang diketuai oleh Awang Rambhli.
Di antara ahli-ahli Rukun 13 yang lain termasuk Awang Rambhli (Nam Ron), Bujang Suntong (Roslee Sako), Morshidi Sidek (Fikhree Bakar), Rosli Dhobi (Beto Khusairy), Awang Osman (Komeng), Che Osman (Farid Ayam), Wan Zain (Wan Ali), Osman (Wan Azli), Mornie Onet (Kamal Maidin), Abang Han (Azhan Rani), Mohd Sirat (Sharonizam) dan Amin Jenal (Tony Eusoff) yang berjaya membawa stail dan watak masing-masing dalam drama bersejarah ini, Warkah Terakhir Rosli Dhoby.
Inspired by reading the Krispy Kreme beef bacon cheeseburger that is served in the Google cafeteria last year, hmm… why not try one and see how it would taste like. As of last year, Krispy Kreme weren’t really within hands reach in Kuala Lumpur, Malaysia nearest would be Bali, Indonesia. It my luck indeed that day, first visit to the Krispy Kreme shop in Berjaya Times Square and it happened to be their 6 dozen years anniversary, a box goes for 50% off! Yay!
It’s simple to make. Senang giler. If doughnuts were in the fridge, micro it for bout 8secs as instructed. Slice the doughnut in half. I used a bread knife, u know, the jagged blade ones, It gives that nice textured and it cuts better of course.
Took my Darabif Lamb burger from the freezer, slam straight onto the hot grill at high heat. Grill for bout 4 mins a side. Walla! Done! Next I place it between the doughnuts I sliced earlier, add some nice fiery hot cili sos, I had Life, Aminah Hassan would be nice.
There you go! A sweet, salty, kreme taste burger with a hole in the middle.
Aku juga beraksi di dalam Warkah Terakhir yang sedang bermain di udara di Astro Citra saluran #131 jam 9pm setiap Rabu dan Khamis pada bulan ini selain drama panggung Anak Wayang, Kecuali Cintamu.
Bila aku menulis post Di Buang Kerja Kamek Klak! pada Mar 21, aku masih lagi berjuang bersama rakan-rakan dan crew seperjuangan di Perak dalam pengambaran Rosli Dhoby. Inilah hasilnya oleh penerbit KL Motion Picture Co. untuk tayangan Astro Citra.