NSYUHADA ZULKIFLI

20 / Freelancer / Multimedia & Programming

Posts

March 27, 06:15 AM

That's all I need.

Rasanya dah tiba masa aku sambung menulis dalam blog ni lagi, macam dulu. Bezanya, aku perlu kurangkan atau elakkan semua blogpost berunsur negatif. Hahaha. Sebab recently post semuanya yang sedih-sedih yang macam kononnya tak pernah ada ruang untuk senyum lagi dah.

*tepis-tepis unsur-unsur negatif*

I know I can do it.

:-)

December 05, 12:40 PM
Lagi tentang rindu
Dan hati.
Apa lagi aku mampu
Cuma menyuap hati dengan itu,

Rindu

Pada siapa? Semua.

Mereka-mereka

Hati aku juga sudah semakin tua
Bukan komputer riba usang aku ini sahaja pandai bikin hal
Hati juga sama,

Brengsek

"Di jam satu enam minit pagi ini juga kau mula mengada-ngada..." kata hati kepada hati.

Diam...



Kosong.

October 10, 09:57 PM

October 10, 12:03 PM

Dan ditanya aku pada hati, 'Mahuku lagi apa padanya?'

Kasih? Wang? Bahagia?

Entah kerana apa, hati serba tak kena.
Entah kerana apa, hati serba tak senang.

Di penghujung setiap malam, pasti hati merajuk. Entah pada siapa.

Ingin dibebelkan rindu kepada yang mahu. Ingin dilemparkan keluh si buluh perindu. Ingin sebegitu rasanya aku pejam kuat mata ini dan sedari pabila terjaga itu, hanya ada cincin melamar hidupku.

Ah! Karut! Diam!

Hati perlu diam. Dan perlu ruang.

---

"Hati ini diseperdua mati."
11:59 PM
Isnin, 10 Oktober 2011

March 09, 02:50 AM
Mahu atau tidak? Gembira atau sedih? Nak yang itu atau yang ini?

Berfikir terlalu lama dan ended up dengan confusion. Mana satu yang terbaik untuk aku? Itu atau ini? Bila pilih yang ini, rasa sayang sangat nak lepaskan. Rasa sedih sangat nak tinggalkan. Kalau pilih yang itu, rasa bosan sangat nak tempuh. Rasa macam hilang semua cita-cita.

Ini tak ada kaitan langsung dengan boyfriend, atau kawan, atau keluarga. Ini soal hidup dan masa hadapan.

I really need someone to lend their ears, listen to my problem, my dilemma. I need him to listen this.. I need family member to help me.. I need friends to talk with.

Hmm...



November 06, 01:09 PM
Sementara blog ni dah lama tak update dan tak ada langsung tanda-tanda cerita menarik yang boleh di-update, ini dia berita terkini.


Projek Cutie Pet kurang mudah untuk dapatkan idea, jadi saya muncul dengan projek baru - syu the kitteh.

Kepada yang mempunyai Tumblr, berasa percuma untuk melawat, blog-semula dan suka setiap doodles saya (atau dalam bahasa Inggerisnya sebelum di-citcat-kan, 'feel free to visit, re-blog and likes')

Sekian.

P.S Maafkan header saya yang tidak bertukar sejak 1 Ramadhan.



August 18, 01:41 AM

Semua orang bertalu-talu ucapkan - Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Berpuasa, et cetera, et cetera, et cetera. Hari ni dah pun masuk Ramadhan ke-lapan.
  

Teringat zaman kecil bila Ramadhan, saya dengan abang suka curi makan kuih raya yang ibu buat tengah malam. Tidur dekat ruang tamu sama-sama. Lipat sweater - simpan sweater masing-masing bawah bantal untuk bila bangun sahur esok pagi, terus pakai sweater tu sebab sejuk :')

Betapa saya rindu dengan suasana berpuasa sebulan penuh sama-sama keluarga.


Salam Ramadhan Kareem.

May 31, 02:37 PM
Semalam rasa bosan dan saya terfikir nak doodling. Tapi lain pulak yang jadi. Daripada rasa nak doodling tadi, saya terfikir pulak nak melukis diri saya memakai cat costume. Inilah output-nya. Ta-daa!

"Hi, my name is Syusyu. I love meow meow..." So cute, kan? Siap pakai tudung lagi. Selepas siap melukis, saya terus tunjukkan pada 'Affan dan Nurul. Nurul suka sangat tengok saya dalam cat costume ni dan meminta saya lukiskan dia dengan bunny costume. Ok, lukis-lukis-lukis, dah siap. Ta-daa!
 
Inilah Nurul dengan soft pink bunny costume dia. Saya tambahkan fringe hair yang menutup sebelah mata - Nurul suka. Saya tambahkan background. Dia puas hati dengan hasilnya dan terus jadikan background blogspot dia. Nurul, you owe me pizza! Hihi gurau je :P

 
Ini pulak Kak Lia dengan boyfriend dia yang lukis sendiri. Kak Lia jadikan gambar ni sebagai gambar profil Facebook dia. Saya terfikir nak lukiskan kartun untuk mereka dan inilah hasilnya, ta-daa!
 
Tg Lia Sz. Wah, dia orang ni memang cute couple! Saya lukiskan Kak Lia dengan white-pink cat costume dan Abang Syazwan dengan dinosour costume. Saya siap cek dulu hair parting dia orang belah mana. Hihi. Tengok, ribbon pada rambut Kak Lia sama corak dengan tudung saya! Kak Lia terus jadikan gambar ni sebagai gambar profil Facebook dia.

Seronok bila mereka suka apa yang saya lukis. Lepas ni nak lukiskan untuk 'Affan dengan tiger costume. Mesti lagi cute!

Bye-bye.


--------------------------------------UPDATE - Ahad, 30hb Mei 2010--------------------------------------


 Yay! Dah siap pun 'Affan in tiger costume! Ta-daa!


 
Tengok, 'Affan cute gila dengan tiger costume ni! Alololo. I love u so much, tiger boy



May 21, 05:52 PM

Sekarang, masih sibuk dengan wedding custom album. Semalam baru diberitahu abang yang pengantin minta ditambah lagi 3 pages. Customer is always right, kan? Yela. So, ada beberapa yang di-reject oleh mereka. Dan beberapa yang perlu di-adjust sini sana.

 
Gambar di atas bukan gambar untuk custom album yang saya sedang laksanakan. Ini gambar masa wedding Along - kakak sulong 'Affan tempoh hari. Along cantik gila ok! Serius-li.

 
Along. Cantik, kan? Adik lelaki dia pun handsome sangat

 
Ini saya dan 'Affan pada malam selepas pernikahan Along. Masa ni saya pakai baju kurung pahang kain cotton warna kelabu purple. Suka baju ni tapi serius-li, susah gila nak iron dan cepat renyuk. Gambar ni diambil oleh Acik - kakak 'Affan ketiga. Kenapa mata saya sepet? 'Affan kata, tu mata kucing. Meow.

 
Yang sebetulnya, saya patut segera menyiapkan custom album ni. Tapi tergendala dengan sedikit masalah yang sudah saya beritahu pada abang. Tambahan pula, perut semakin berbunyi-bunyi. Sekarang baru jam 3.14 petang. Ada beberapa jam lagi untuk berbuka puasa - puasa ganti. Badan lemah. Alasan untuk saya melengahkan kerja-kerja meng-edit ni.

Tak sabar nak tunggu Ramadhan dan Syawal - bersahur, buka puasa, buat kuih raya, makan kuih raya, iron baju raya! Yabedabeduu!


May 21, 03:49 AM

Hari ini semacam berat kepala nak keluarkan idea segala. Freelance job yang telah bermula sejak bulan lepas. Saya kuli semata (sebenarnya). Ayah dan abang sudahpun menjalankan kerja part-time mereka sebagai wedding photographer sejak berbulan yang lepas. Alhamdulillah.

 4 pages lagi yang perlu disiapkan segera sebelum Khamis ni. Haih, otak saya lembab semacam, kenapa? Tolong datangkan idea pada saya. Tolong.

Pesanan daripada ayah :
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI,
ZUL @ 013-7990155
Kami sedia menerima tempahan dari luar kawasan Johor Bahru


---------------------------------------UPDATE - Khamis, 13hb Mei 2010---------------------------------------
Gambar asal yang pertama telah di-delete kerana di-reject oleh diri sendiri. Manakala gambar-gambar yang lain pula di re-edit dengan menambah text pada gambar, atas permintaan bos kecil - abang saya.

Maaf, gambar tidak boleh anda perbesarkan atas sebab-sebab khusus yang dikehendaki.



May 21, 03:48 AM

Blog tidak lagi di-private. Sekarang saya kembali dengan template baru pada blog. Black and white, dan sedikit hijau lime (fav color - hijau lime). Template asal daripada Deluxe Templates tapi codes-nya sedikit sebanyak telah diubah dan ditokok tambah mengikut kehendak dan citarasa saya, manakala background image dihasilkan seratus persen oleh saya. Fiuh. Tidak dilupakan juga tentang Favicon - iaitu icon kecil pada browser tab blogspot saya.

 
Ah, saya makin sayang blogspot saya


 
Section 1 : Sitebar dengan image links orang-orang spesial dalam hidup - bagi yang punya blogspot sahaja.

Section 2 : Kucing sini-sana. Sebab seratus sepuluh persen daripada hidup saya adalah bersama kucing. Meow.


Dan Ahad ini, semoga saya berbunga-bunga



April 30, 01:22 AM



Dan alhamdulillah, syukur kepada Allah. Target result telahpun tercapai. Bermakna segala bebanan dan tugasan sudahpun saya selesaikan.

Lepas sahaja menyemak result exam semester akhir saya, saya segera mendapatkan ibu di dapur. Dengan malu-malu kucing, diberitahu ibu, "Ibu, kakak dapat 4 flat.." Sambil tersengih-sengih. Ibu terus lari memeluk saya. "Tahniah! Alhamdulillah.. nak menangis ibu, tapi tak jadi (sebab terlalu happy)," Dramatis. Petang hari, berita gembira ini sudah sampai ke telinga ayah.

Seperti biasa, ini adalah hadiah istimewa buat ibu ayah. Berkat doa mereka juga. Alhamdulillah.


P.S Hari ini 'Affan dah check out daripada hospital. Alhamdulillah sekali lagi.

April 29, 03:01 PM



Lama tak update blog. Dan tak ada apa yang seronok untuk saya cerita. Tempoh hari kami melawat adik kecil, Syazana di sekolahnya. Bila Nana mahu pulang?

Keputusan peperiksaan dah pun diperoleh. Belum ada rasa untuk update dekat blog. Nanti-nantilah. Ada satu berita gembira. Ada satu berita buruk. Dua-dua malas nak cerita. Apa masa hadapan saya? Hmm.


P.S Cepat sembuh ye, syg. Cepat sembuh.
April 29, 01:51 PM


Walaupun lambat
sedikit cerita pasal target Semester 7, tak peduli. Baiklah. Cuma ada 3 subjek. Tapi semua merbahaya. Aduh macam mana saya perlu explain? Merbahaya sebab satu soalan silap, habislah effect teruk pada keseluruhan markah. Hmm.

Sikit hari lagi akan dapat result. Semoga semuanya berhasil.

---

Update 06.03.2010 :
@Nurul Atiqah : Amacam brader? HEHEHE.
April 29, 03:01 PM
Seronok bila dapat beri hadiah pada orang. Beanipet buat saya berbunga-bunga. Ini cerita lama. Tapi masih buat saya tersenyum bila teringat hadiah yang diberikan pada Tqah dan Diyana. Jun memang baik. Dia stitch-kan nama Tqah dan Diyana pada pillow masing-masing. Love you Jun!


Sempena memenuhi salah satu daripada wishlist Tqah, Vintage Daisy Bunny :


"Vintage Daisy is sitting on her couch watching the snow falls from the sky. Looking out her window, she snuggles into her blanket and took a sip of her hot coco. Snow falls from the sky covering her land with white blanket. Silent yet peaceful, this is what she loves about Christmas~*"




Vintage Daisy Bunny's Biodata :


Name : Vintage Daisy Bunny
D.O.B : 26th November 2009
Hobbies : Lazing around her cottage, drinking hot coco and watching the snow falls from the sky.
Type : Huggable pillow with pocket and accessory
Size : 13” x 13” (body) + 4.5” - 3.5” (ears)
Color : Vintage Dark Brown with Beige flower prints and Off White color with Cream White base and Vintage Pink eyes.






Dan ini untuk Diyana sempena hari lahirnya tempoh hari :




"Lovely Bunny is an exquisitely beautiful lady who’s a fan in vintage. Her hobby is to collect vintage antiques and preserve them in her museum. She believes that each antique has a story to tell and she loves to discover the tales of each antique."




Lovely Bunny's Biodata :


Name : Lovely Bunny
D.O.B : 8th January 2010
Hobbies : Collecting vintage antiques and preserving it~*
Type : Huggable pillow with pocket, accessory and floppy ears.
Size : 13” x 13” (body) + 5”- 4” (ears)
Color : Vintage Beige, Vintage Brown, Vintage Pink, Cream, Pink with Cream White base.




--- Fact : Image and text are credits to http://beanipet.blogspot.com/
April 30, 01:40 AM
Dan mereka orang-orang yang belum puas saya kenal. Bagaimana perlu hidup tiada mereka. Semester 7 ini semakin hampir tamat. Bermakna segala yang bersama-sama sebelum ini, tiada di masa hadapan. Ada pun saya yang semakin lemah meneruskan hidup. Bagaimana?






Tak akan ada lagi masa saya di bilik hostel ini dengan Emilia. Mendengar waktu malam yang ada suara-suara Emilia mengigau. Tak ada masanya lagi petang-petang saya membeli karipap sardin untuk Atiqah. Menggangu dia waktu membuat clay pada malam hari. Tak boleh lagi saya melihat Su memakai baju sedondon dengan Afiq. Memerhati cara Su bergosip dengan penuh semangat. Tak dapat lagi saya melihat Wanie bermain Facebook dan blogging tanpa had siang dan malam. Mendengar lagu-lagu yang dinyanyi Wanie secara sumbang. Tak mungkin lagi saya dapat memujuk Busyra waktu dia bersedih di tepi tangga. Merasa sardin dan telur goreng yang dimasak Busyra. Tak berpeluang lagi saya ketawa melihat gelagat Kak Ema. Meneka maksud perkataan-perkataan dalam loghat Kedah-nya.





Justeru, tak akan punya masa lagi untuk saya bersama 'Affan. Merasakan hari-hari saya dipenuhi dia yang sangat bijak menjaga hati saya. Bagaimana? Sekarang pun, sudah 99% hati saya hilang bersama mereka. Bagaimana untuk hari terakhir diploma nanti? Saya berpotensi untuk kehilangan salah seorang daripada mereka T_T

(Saya belum sedia untuk roomate baru, classmate baru, course baru dan orang-orang baru masa akan datang)
April 29, 03:08 PM
Jumpa Diyana tempoh hari. Patutnya dari berkurun-kurun yang lepas saya perlu pos entri ini. Tapi busy yang melampau. Dengan kerja 3D yang perlu disiapkan segera. Dan kerja-kerja PHP codes yang berlambak. Keluar dengan Diyana ke Times Square dan Mid Valley merupakan hari yang sangat dihargai dan takkan dilupakan walaupun terlampau penat. Diakui Diyana seorang yang shopaholic sebab dia langsung tak letih dan tak duduk sepanjang hari ber-shopping walhal saya sudah semacam patah kaki (Applause)












Baiklah, saya tahu gambar blur dan sikit dan shaking dan tak nampak muka Diyana. Tak sangka dia seorang yang pemalu. Cet. Sebenarnya dia bukan seorang yang pemalu.

Justeru, sekali gus ini saya mahu mengucapkan :

*Dan berdebarlah menunggu hari Rabu atau Khamis.
April 29, 03:06 PM
Diploma semakin hampir ditamatkan. Lagi lebih kurang sebulan saya dan yang lain akan habiskan diploma di sini sebagai pelajar Multimedia. Dua ribu sepuluh. Dan 5 Februari adalah penamat. Sebagai pelajar yang hampir tamatkan diplomanya, saya telahpun mempunyai satu cita-cita untuk dilaksanakan, insyaAllah dalam satu atau dua tahun lagi. Atau mungkin tiga, empat dan lima tahun lagi.

Dan saya ada inspirasi. Inspirasi untuk mencapai cita-cita tersebut.


DILOZ O' BLOG DE. Blog ini jadi inspirasi. Penulis blog ini adalah inspirasi. Inspirasi kepada cita-cita saya. Tapi cita-cita apa yang dimaksudkan biarlah dirahsia. Mungkin ada yang tahu. Mungkin juga penulis blog dapat hint, apa yang membuatkan saya rasa inspirasi itu daripada beliau. Diharap dapat menyimpan rahsia saya. Sebab malu kalau cita-cita saya tak kesampaian (Tsk tsk dan sob sob T_T)





Kelakarnya, sudah beberapa bulan saya ikuti blog ini dan jadikan beliau sebagai inspirasi, saya tidak tahu siapa beliau. Lelaki atau perempuan? Emelnya nama lelaki. Gambarnya gambar perempuan. Mungkin beliau lelaki, dan letakkan gambar gf-nya. Mungkin beliau perempuan, dan gunakan nama bf-nya sebagai emel. Nak bertanya, alahai semacam segan. Sebab yang saya perasan, beliau tak pernah nyatakan mana satu beliau dalam gambar-gambar yang dipos (kalau tak silap lah). HAHA. Tak apa. Tetap beliau jadi inspirasi saya. Titik dua bertindih, tutup kurungan.

Sekian.


Roselyn kata,

"YTM dah tukar syarat-syarat dalam perjanjian. Lepas diploma, scholar tak boleh sambung degree! Kena kerja dengan Telekom 5 tahun dulu, baru boleh sambung belajar!!!!!!!!!"

Ok. Saya terkejut sampai terpelanting ke blok M.
April 29, 03:03 PM
Di RANtai ART tempoh hari. Saya membantu Nurul Atiqah.


Boleh buat tempahan


Liana Fizi - Estrella



Dia suka earing hijau itu




Sekian.
April 29, 03:03 PM
Kali ini lambat update tentang keputusan final exam semester lepas. Sebabnya seperti biasa, pihak berkenaan lambat generate result lagi dan lagi. Kalau dulu mereka lambat dan sangat lambat generate result akibat markah subjek English yang entah daripada kos mana entah ;


---

Kejap. Aku baru lepas jerit kat luar bilik hostel aku, "Bising ahhhhhhh! Memekak!" kat budak junior entah semester berapa yang aku serius benci dengar suara nyaring-gedik-geligeleman dia sebab last time aku dengar suara dia menggedik dengan mamat yang duduk tingkat tujuh kat bawah bilik aku, "Hei gatal..blablabla" dan lelaki tu menjawab, "Mana ada gatal HAHA" blablabla. Betapa bodohnya mereka-mereka. Benci, serius-li. Aku lebih rela dengar suara junior India yang duduk tingkat 13 ni, tau tak. Lagi sekali aku dengar suara kau menjerit memekak tak t
entu hala, nahas kau! (Muka kucing garang)

---

Maaf. Tangan saya menggeletar taip pasal budak junior entah semester berapa yang suara nyaring-gedik-geligeleman, menunjukkan betapa marah pada beliau. Baiklah, sambung tentang result semester 6 yang lambat generate.

Kalau dulu mereka lambat dan sangat lambat generate result akibat markah subjek English yang entah daripada kos mana yang tak ada kaitan langsung dengan kos saya, kali ini mereka lambat yang memang gila lambat generate result akibat markah subjek E-Commerce saya yang belum dimasukkan. Serius-li, saya tak tahu pihak mana yang patut bertanggungjawab dalam hal ni.

Terima kasih pada Puan Mimi sebab selepas saya hantar mesej yang berbunyi lebih kurang begini,

"Puan, kenapa markah E-Commerce saya belum update lagi? Saya perlukan slip result tu untuk hantar ke YTM (Yayasan Telekom Malaysia) untuk dapatkan wang sara diri saya semester ni. Dah dua-tiga bulan saya tak ada duit :'("

Siap buat smiley muka sedih lagi ok. Kemudian Puan Mimi terus call pihak unit exam dan akhirnya markah saya di-update dan saya boleh ambil slip result keesokan harinya.



Famili, 'Affan, kawan-kawan sekelas, masa hadapan dan masa lampau iaitu zaman kejatuhan saya di alam persekolahan yang sudah saya tinggalkan sejak 3 tahun yang lepas, adalah faktor penting bagaimana saya boleh jadi diri saya yang sekarang. GPA kali ini adalah 3.81 manakala CGPA adalah 3.68. Naik sedikit daripada semester lepas. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur. Seperti biasa, ini adalah hadiah istimewa buat ayah bunda. Semester 7 yang sekarang ini, yang merupakan semester terakhir diploma saya, saya akan pastikan saya cuba yang lebih baik daripada sebelumnya. Sebab saya ada cita-cita tinggi yang perlu dicapai pada tahun hadapan. Moga saya berjaya. Amin.
April 29, 03:03 PM
Alhamdulillah. Booth Creative Clay di event RANtai Art bagi saya berjalan lancar selama dua hari iaitu semalam (18/12/09) dan hari ini (19/12/09). Esok masih ada lagi sehari untuk Creative Clay menamatkan misinya dengan penuh semangat.

Saya membantu Atiqah (pemilik Creative Clay) di sana. Sambutan hari pertama tidak begitu meriah tetapi apapun sudah membuatkan kami-kami senyum lebar. Ada pelanggan yang sporting dan bersungguh mahukan clay hasil tangan kawan saya ini. Kad nama diedarkan supaya memberi peluang pelanggan menempah clay (e.g keychain, h/p strap, brooch etc) menerusi http://creativetheclay.blogspot.com/. Amir dan Nur Farhan turut membantu dengan semangat walaupun hujan turut dengan lebat pada belah petang.


Klik untuk saiz asal

Hari kedua, seperti semalam. Cuma Nur Farhan datang pada tengahari (kalau tak silap). Sambutan daripada pelanggan hari ini lebih meriah dari semalam. Lebih-lebih lagi ada yang seronok mendapat hadiah misteri. Gembira bila dua orang adik kecil umur lingkungan 3-4 tahun sukakan bookmark kucing dan ladybird.

Senyum lega dari Nurul Atiqah. Tapi seperti biasa, hujan turut dengan lebatnya pada belah petang.

Semoga Nurul Atiqah dan bisnes Creative Clay-nya berjalan lancar pada esok hari (20/12/09) dan terus sukses pada hari seterusnya. Amin ya Rabbal Alamin.


Iklan : Mari datang ke RANtai ART event pada esok hari, (hari akhir) Ahad dan terus ke booth Creative Clay!!! Jumpa di sana :)
April 29, 02:45 PM
Assignment 3D (using 3D Max)
Title : Modelling a Chess Set
Status : Not done yet

Name : Nur Syuhada Binti Zulkifli
ID : DMTWEF0709xxxx
Course : Diploma in Multimedia Technology
Subject : 3D and Animation
Lecturer : Encik Syed Huzaifah Bin Syed Omar



P.S Harap tiada plagiat.
April 29, 03:09 PM
Hidup penuh stress. Saya seorang. Saya. Ya. Seorang. Umur baru hidup sembilan belas tahun dekat muka bumi. Tapi serabut bagai gila. Kepala, serabut macam sabut kelapa. Kepala serabut, sabut kelapa. Baiklah, tangan sakit kalau dibiar mahu saja dibedahnya tangan ni. Doktor pujuk tangan, jangan sering guna laptop. Tangan perlu rehat. Dan ambil ubat.

Sakit tangan, masih boleh senyum. Sakit hati, masih boleh
senyum. Sakit kepala, masih boleh senyum. Sakit duit, masih boleh senyum. Ah, apa? Umur baru hidup sembilan belas tahun dekat muka bumi. Tapi serabut bagai gila. Kepala, serabut macam sabut kelapa. Kepala serabut, sabut kelapa. Secara jujur (yang pastinya saya saja yang paham), saya sedang alami masalah kritikal. Saya seorang. Saya. Ya. Seorang.

(Tangan sedang menggigil tapi masih mahu menaip)

(Diam)

(Diam)

(Diam lagi)

(Tangan ketar-ketar. Sudah sejuk memucat)

(Muka saya jadi pucat)

(Diam lagi. Tarik nafas dalam-dalam)

Semoga Allah (yang sudah tentunya Dia saja paham apa yang saya gelodakkan) memudahkan kerja saya. Semoga Allah bantu saya hadapi ini. Saya tak mahu menangis. Sebab saya kuat. Ya. Saya kuat (saya sedang menipu diri sendiri).


Hilangkan diri saya.



Hidup penuh stress. Saya seorang. Saya. Ya. Seorang. Umur baru hidup sembilan belas tahun dekat muka bumi. Tapi serabut bagai gila. Kepala, serabut macam sabut kelapa. Kepala serabut, sabut kelapa. Baiklah, tangan sakit kalau dibiar mahu saja dibedahnya tangan ni. Doktor pujuk tangan, jangan sering guna laptop. Tangan perlu rehat. Dan ambil ubat.


Oh, sila jadi kuat wahai diri saya. Oh, sila jadi kuat wahai diri saya.
April 30, 01:50 AM
Assignment 3D (using 3D Max)
Submit : 24 November 2009

Name : Nur Syuhada Binti Zulkifli
ID : DMTWEF0709xxxx
Course : Diploma in Multimedia Technology
Subject : 3D and Animation
Lecturer : Encik Syed Huzaifah Bin Syed Omar


[Click to enlarge]


Masa yang diambil (tolak tambah - tidur, makan, malas, penat, rehat, kelas, bercakap, bergosip, mesej-mesej, tengok movie, blogging, turun tangga, pergi bilik Tqah, kacau Busyra tidur, kacau Emilia tengok movie, garu kepala, date dengan 'Affan, senyum, ketawa etc etc etc) : Kurang daripada 1 hari

P.S I miss you, 'Affan.


-------------------------UPDATED!!! (28/11/09)
-------------------------


Baru tadi saya login Gmail saya. Terkejut bila dapat emel Encik Syed, reply untuk gambar-gambar assignment 3D yang saya submit pada dia tempoh hari (iaitu gambar-gambar di atas). Mari baca apa dia tulis untuk saya :

-----

Encik Syed wrote :

hmm..sgt bagus. stakat student yg baru belajar 3d..dpt hasilkan yg macam ni..baru 3 minggu..amatlah excellent. Saya tertunggu2 camne la hasil utk final assignment nnti. anyway..ni buat dgn affan ke? ke affan buat lain nye?



Syed Huzaifah Syed Omar
850222145987
Multimedia University, Cyberjaya


-----



(Ok, Syuhada. Stop senyum sengih-sengih ;p)
(Eksaited!)

Lepas tu, saya reply yang assignment ni saya buat sendiri. 100% hasil kerja saya. 'Affan pulak buat desktop brand lain, Samsung. Saya BenQ.
abcdefghijklmnopqrstuvwxyz abcdefghijklmnopqrstuvwxyz