Ni post yang sangat-sangat panjang. Intro for my HK-Macau trip last October (22-28 oct 2011). Me n parents cover 2 negara dalam 1 minggu. Actually Hong Kong dan Macau ialah SAR countries. Special Administrative Regions. Dua negara ni kira bawah China gak tapi dorg punya hak untuk mentadbir negara masing-masing. Currency pun beza-beza. Kalo China Mainland guna Renminbi (RMB), Hong Kong guna HK Dollars (HKD) dan Macao plak guna Pataca. Currency exchange tukar kepada MYR pun ada sedikit beza. Kalo duit Macau Pataca ni hanya boleh digunakan dalam Macau je. Bawak keluar dari Macau, tak de value ok. Even kt HK pun tak leh guna duit Macau. Tapi di Macau boleh guna HKD. So kalau nak pergi Macau,nak tukar Pataca boleh tukar hanya di Hong Kong or di Macau sahaja. And some part of China Mainland.
Kami ambil return ticket dengan MAS ke HK. Selain dari MAS,Air Asia pon ada flight ke HK dan direct ke Macau jugak. Ada jugak Malaysians yang ke HK guna Cathay. Terpulanglah, tepuk dada tanya poket. Hehe. Perjalanan dari KL ke HK lebih kurang 3jam 40 minit. Waktu HK dan Malaysia sama jee. Cuma yang beza ialah, diorang cepat siang dan cepat jugak malam. Kalau pukul 6 pagi tu dah cerah, 6 petang pulak dah gelap macam maghrib. HK ada 4 musim. Time Oktober ni kira musim luruh (autumn/fall). So cuaca dia sejuk,nyaman lah. Kalo malam tu berangin sikit sebab HK kan keliling laut je.
HKIA atas laut yee.
MTR map
Itinerary untuk trip ni semua aku buat sendiri. Takde guna agent ke amek ground package ke apa. Yilek. Dari book ticket,hotel n everything semua aku study je sendiri. Sebulan jugak lahhh nak come out with an intinerary like this. Sebelum pergi takut-takut jugak, ye lah pergi sebuah tmpt baru,takde tourist guide dan main redah je. Tapi alhamdulillah, sepanjang di HK dan Macau tak pernah sesat or apa-apa yang tak diingini berlaku. Semua smooth je. So,aku nak share the itinerary yang ku buat,sebagai rujukan manatau ada yang nak ke HK-Macau dalam masa terdekat ni. Btw, untuk pengetahuan, Hong Kong terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu Hong Kong Island, Kowloon, Lantau Island dan New Territories. HK airport (HKIA) terletak kat Lantau. Bahagian HK yang paling meriah ialah Kowloon dan HK Island. Selalu tourists akan stay kat dua area ni.
Peta Hong Kong
Pada pandangan aku, HK ni very safe. Tak payah risau sgt pasal jenayah. Pencopek ke hape. Ada certain countries yang kita pergi, kena jadi extra cautious kan. Beg/handbag peluk habis kuat. Kalau yang bawak back pack siap pakai kedepan. Duit pun asing-asing,punya laa berjaga-jaga. But kat HK tak perlu risau. In fact aku rasa HK lebih selamat dari Malaysia. Kalo nak bayang HK ni camne, just imagine Singapore, but better. Haa cam tu laa HK.
Yang best kat HK ni ialah shopppingggg!!! Memang donia shopping,sebabnya banyak gila outlet brand-brand terkemuka yang best-best ada kat sini. Dan yang penting sekali,takde kat Malaysia and our neighbouring countries. Setakat LV, Chanel punya butik? Bersepah. Memang fav brand agaknya kt sana besides Prada n Hermes. Masuk Marc Jacobs adalah sangat rambang mata. Banyak designs yang tak pernah msuk Msia pon. Kalo MJ kat HK buat sale, barangnya dihumban kan je mcm shopping kat Parkson je gayenyee. Kalo kat Malaysia ni ada satu je kan Pavillion, kat HK ni shopping mall standard Pavi tu ada lebih 10. Semua luxury brands ada sini. Lagi satu yang best, kat sini ada H&M!!! Wooo borong-borong! Kenapa laa H&M taknak bukak outlet kat Msia. Bosan jee dah kalo kat Msia ni ada Topshop je. Plus, banyak sangat BBNU skrg dok pakai Topshop. *yawn*. Besides H&M, one of my fav is Agnes B! Kat HK ni banyak gak outlet Agnes B,termasuk the cafe. I wish it is Halal.
Kalau kat Macao plak, in every casinos memang ada shopping mall sendiri. Semua designers bukak butik inside the casinos. Pergi sana pakai kasut Nine West, tapi dipandang cokia je tahap pakai Vincci kat Malaysia. Sebab orang sana pakai Kate Spade, Steve Madden. STEVE MADDEN!!! Ok boleh melalak sekarang! (berkenan dengan sepasang SM kat Venetian, Macau tapi tapi tapi ...... $$$$ dah over budget. Wuuu.) Kalau cerita pasal shopping kat HK memang tak habis. Belum lg ke kota fesyen sebenar Milan, NYC and Paris. So kalau ke HK, sediakan enough cash n credit card je leee.
So here is the itinerary.
Day 1 , Sabtu (22-10-11)
6.15pm - Depart ke HK from KLIA
10.50pm - Arrive in HKIA.
11.30pm - Ambil bas ke Jordan Road (menginap di Jordan Rd). *Jordan Road di area Kowloon.
(Perjalanan dalam 45minit-1jam)
12.30am - Check in hotel.
Day 2, Ahad (23-10-11)
8.00am - Breakfast
9.00am - Amek MTR ke Ngong Ping 360 di Lantau Island. (45mins journey by MTR)
10.00am - Sampai di Ngong Ping.
12.00pm - Shopping di Citygate Outlet
2.30pm - MTR ke Mong Kok
3.00pm - Shopping sport shoes @ Fa Yuen Street
4.15pm - Solat jamak di Masjid Nathan Rd.
4.45pm - Makan di Bismillah (restoran Pakistan), ChungKing Mansion.
5.30pm - Berjalan sepanjang Nathan Road ke Salisbury Road.
6.00pm- SOGO dan Avenue of Stars.
7.45pm - Cari port untuk Symphony of Light.
8.00pm - Symphony of Light Show.
9.00pm - MTR ke Jordan (balik ke hotel,mandi,bersiap)
10.30pm - Temple Street (5min walk from hotel)
1.00 am - ZzzzzzZZZ
Day 3, Isnin (24-10-11)
9.00am - Breakfast
10.00am - MTR ke Disneyland.
11.00am - Sampai Disneyland.
7.00pm - Spectacular firework @ Disneyland
7.45pm - MTR ke Tsim Sha Tsui.
8.45pm - Dinner di ChungKing Mansion
9.30pm - Berjalan sekitar Nathan Rd dan Cameron Rd (sambil survey hotel baru for Wednesday-Friday).
11.00pm - Back in hotel. Packing up for Macau. ZZzzzzzZZZ
Day 4, Selasa (25-10-11)
7.00am - Breakfast, check out hotel.
7.45am - MTR ke Tsim Sha Tsui
8.00am - Simpan barang kat RingWood Hotel (owner bg simpan barang kat sini selama kami ke Macau)
8.15am - Walk to China Ferry Terminal. (approx 20mins walk from Tsim Sha Tsui)
9.00am - Ferry ke Macau
10.30am - Arrive Macau (Taipa Ferry Terminal, Taipa). Setel Imigresen.
10.45 am - Amek free shuttle ke Grand Lisboa casino.
11.00 am- Dari Grand Lisboa berjalan 10 minit ke Nam Pan Hotel.
11.15am - Bubuh luggage (check in time 1.00pm, tapi boleh letak luggage kalau sampai awal).
11.30am - Berjalan ke Senado Square. (20mins dari hotel)
12.00am - Senado Square.
- Ruins of St. Paul
- Fortress Hill
- Museum of Macao
3.30pm - Jalan balik ke hotel. Check in. Solat, lunch, mandi, rehat and long nap.
7.15pm - Berjalan ke Sintra Hotel.
7.30 pm - Amek free shuttle ke City of Dreams (depan Sintra Hotel).
7.45pm - City of Dreams.
- Hard Rock Hotel.
9.00pm - Dragon Treasure's Show, The Bubble Theatre @ City of Dreams.
9.30pm - Berjalan ke The Venetian
9.45pm - The Venetian
12.00am - Shuttle bus ke Macau Ferry Terminal.
12.30am - Shuttle ke Grand Lisboa (last bus at 1.00 am)
1.00am - zzZZZZzzzzz
Day 5, Rabu (26-10-11)
8.00am - Breakfast
9.00am - Check out. Free shuttle to Macau Ferry Terminal from Grand Lisboa.
9.30am - Shuttle to Wynn.
- Fountain show
- Moon jellyfish
- Tree of Prosperity
(boleh jalan ke MGM kalau nak)
11.00 am - shuttle ke Macau Ferry Terminal
11.30 am - Fisherman's Wharf
12.30 pm - Ferry to HK (Kowloon) using TurboJet.
1.30 pm - Arrive HK.
- Harbour City.
2.45pm - Check in hotel, Cameron Rd (Tsim Sha Tsui). Solat jamak, bersiap.
3.15pm - HK Space Museum, HK museum of art.
4.30pm - Ferry to Central ferry pier (Kowloon to HK Island)
5.00 pm - MTR to Causeway Bay.
5.15pm - Times Square
6.30 pm - Walk to Masjid Ammar, Oi Kwan Road. (15mins walk from Times Square). Singgah beli buah @ Bowrington Market
7.00 pm - Dinner @ Masjid Ammar.
7.40pm - Tram Hennessy Road to Cotton Tree Drive.
8.00 pm - Tram to The Peak.
8.30pm - Madamme Tussauds
10.00pm - The Peak.
11.00pm - Amek open top double decker bus from The Peak Tram Station to Central.
11.30pm - Ferry to Kowloon.
11.45pm - 1881 Heritage.
1.00 am - Back in hotel. zzzZZZzzzzz.
Day 6, Khamis (27-10-11)
11.30 am - Ferry to Wan Chai
12.00 pm - Bus to Tonnochy-Hennessy Rd.
12.30pm - Dim Sum brunch @ Masjid Ammar, Oi Kwan Road.
- Solat jamak
1.30pm - Bus to Exchange Square.
2.00pm - Bus to Aberdeen.
3.00pm - Sampan ride.
- Jumbo Floating Restaurant
4.00pm - Aberdeen
- Repulse Bay
- Stanley
7.00 pm- Back on Central Ferry Pier. Ferry to Kowloon.
7.30 pm- Dinner @ Chungking Mansion
8.15pm - Back in hotel. Rehat.Mandi.Solat jamak.
9.00pm - MTR to Mong Kok
- Argyle Street
- Ladies Street
1.00am - Back in hotel. ZzzzzZZZZZ
Day 7, Jumaat (28-10-11)
9.00 am - Breakfast. Packing out. Jalan-jalan Cameron Rd, Nathan Rd.
11.00am - Check out. MTR to airport via Airport Express.
12.00pm - Arrived HKIA. Lunch @ Poppeye's.
2.00 pm - Boarding.
2.30pm - Bye bye HK!
Sambungan
PART 2.