Fatien Amirah :)
Welcome to the World where Fatienism rules.
Posts
"I say to the bitch inside me, don’t start growling.
He isn’t a trespasser anymore,
Just an old acquaintance tipping his hat.
My voice says, “Nice to see you,”
As the bitch starts to bark hysterically.
He isn’t an enemy now, "
- Carolyn Kizer, 1984
I have an issue. I don't talk much. I don't find new friends, they find me. I don't start a conversation, the other party does. Sometimes, I'd rather be alone, instead of being in a group of people. Sometimes, I don't mind walking to places alone. I survive not walking with or talking to people for hours in a day. Imagine you being alone in your house, no cats, no phone. As long as there's this small little voice inside your head, then it's enough.
For me, being alone is not a big fuss. I like listening to music alone. I like eating alone. I like walking home alone. I wake up in the middle of the night to go to the bathroom alone. I like reading alone. I like studying alone. I like cooking alone. Sometimes I have to agree when people sayI'm self-absorbed. These stuff, they kind of give me time to think. They kind of set my mind free. I know everyone has their own perspectives in seeing this matter. But this is me, I am no you.
When it comes to friendship, I realize something - that I'm afraid to be too close with someone. I find it hard to have a best friend, or to make one. A 'best friend' in my own definition is someone who has some parts of you, understands you, someone who's always around you; picking you up at your worst, cheering along with you at your best. Up until now, I still can't differentiate these two - best friend & good friend. Sometimes I don't know how to show them what I feel. I even think it's weird when some of them come up to me and tell their problems. In the head, I will like, what, do I look like a therapist to you? Nehh, I may feel proud when someone tells their secret to me while nobody else knows it, though. But the worst thing is, I can't sooth them when they're broken. All I can do is to pat their shoulder and ask them to calm down; well, after they've finished crying, that's for sure.
There are times I ask myself, am I a good friend? Is there any chance that some people might've been hurt because of me? Am I even qualified to be someone's best friend?
Time flies, we went from being a kid to a teenager, and then an adult. I've found so many people whom they eventually become friends.........Sigh. You know what, I really want to get you to get what I'm trying to tell here. Not just because I'm lack of vocabularies, I'm afraid you'll get me wrong- that - We might not realize how important a friend can ever be until you lose them. 'To lose' is so subjective. But here, I mean 'losing' by not having them around, physically.
Cant see any relation from the earlier paragraphs with the above? Me either.
But, get this, I used to be a person who didn't care being alone. But once I know a friend, I'll try to get along. I know, every meeting has its end. It's just I hardly accept when it happens abruptly.
I never happen to be so vulnerable about this. I mean, I'll be just fine, not eventually, but gradually. I am sure going to miss the hell out of her, surely do. But sometimes I'm afraid, how do I cope with this? I used to be so attached to you, well, maybe not on everything, but almost everything. Ahh, just gotta move the shit on, right?
On the other hand, talking about being lonely; there are differences between being lonely and being a loner. When I see people with their friends, laughing, teasing each other; I realize, that even though I liked being alone, doing stuffs alone, I don't fancy being lonely.
The sky is beautiful, but the people is sad.
I just need someone who won't run away.
Best friends, will you?
February the 18th 2012.
Taman Botani Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
"Sejak bila aku putih pun, hadui pun."
Awkward silence. 'Till one of us broke into laughter.
"Tapi aku rasa hitam tu melampau sangat"
"A'ah kan. Okay, gelap"
| *klik pada gambar, please* |
p/s p/s: Gua budak baru belajar. Cess, apa ada hal?
Hello world. In case you have forgotten, my name is Fatien, and I am nineteen. Trying to deny the fact that I am turning 20 just in few months. Crap! This is crap!
Yeah, my blog is on hiatus. I've been away so long. It's not that my life here in UMK keeps me busy, nehhh. It's just... I dont know.
Study week? I keep my brain cramped with notes and books 24/7. 'Cause that is what excellent people do yo. Blerghh. I just let myself being immersed into this gaaah-everyone-is-with-their-books-I-gotta-do-the-same-too! environment.Yes, that's what I actually do. Okay, maybe not exactly, but, who cares. I know what I do. Peace yo!
Okay, clearly, a post without a real intention. Golly! I just wanted to make it a post per month. Doesn't it, look, rare?
*krik krik krik*
Oh by the way, I am sorry Ila sayang. It took me 2 frickin' months to realize this. Yes, this! *face punch* Read it people. Tomorrow lunch, my treat :P
Kadang-kadang aku pelik. Kenapa mesti wujud perkataan janji. Promise. Kenapa? Siapa yang invent perkataan tu? Kenapa ada orang yang sanggup cakap macam-macam janji tapi at last dia pijak janji tu macam tu je. Kenapa? Kenapa ada orang sanggup janji nak belikan kau hadiah sebelum kau pergi belajar jauh-jauh, tapi dia tak bagi pun? Kenapa kau cakap kau tak akan korek hidung in public, tapi kau buat jugak? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau sangat-sangat tapi at last dia blah dari hidup kau macam tu je? Kenapa ada orang cakap kau lah orang paling sepesial dalam hidup dia tapi at last dia buang kau macam roti kulat je? Kenapa ada orang cakap jangan berhenti ingat dia tapi at last dia yang buat kau rasa macam kau tak wujud? Kenapa ada orang cakap dia akan berada di sisi kau, no matter your ups or your downs, tapi at last, dia biarkan kau sorang yang rasa sedih? Kenapa ada orang cakap kau lah segala-galanya dalam hidup dia tapi at last dia anggap kau sama macam kawan-kawan dia yang lain? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau walaupun kau tak kenal dia, sampai kau jadi betul-betul sayang kat dia and at last terbukti dia lebih sayangkan bola rugby dia, jersey bola keranjang dia, handphone belekberi dia, putung rokoks dia?
Dia pergi macam tu je, takde curi-curi toleh pandang kau kejap, takde. Dia biar kau sorang-sorang rasa kecelakaan yang dia dah tinggalkan dalam organ dalaman kau yang dekat-dekat dengan limpa kau tu. Dia pergi tak cakap apa-apa tak selit ampun maaf jumpa lagi take care, takde. Dia pergi macam tu je. Macam tu je.
Well, I used to think that I can't live without you. Guess what? You left, I survived.
Cuba nyanyi lirik lagu tadi dengan slang Kelantan, kalau tak boleh, sila buat Siput Kera sekarang!
Apa-apa je lah, niat di hati hanya nak buat short update je. Ibu cakap aku dah tak boleh bukak blog selalu. Dia kata, " Tak malu ke bagi semua orang baca? " :3
For those who might be questioning " Where the heck is Fatien Amirah now??" Well, I'm pursuing my study in Bachelor (Hons) in Applied Science - Entrepreneurial Agro Technology at University Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan. I've registered here on the last September 6th. Allocated in the room addressed B6-A*-** with three others, Jannah and Kak Fiza from Perlis and Ainur from Sungai Buloh. Awesome roommies from the same faculty! :D
| Muka haa-kitorang-boleh-buat-macamni-sambil-skip-aktiviti-orientasi-kau-boleh? |
| Roommies :D and baju batik 1Malaysia and shawl UMK lololol |
| August 19th 2011 |
| December 17th 2009 |
Pernah tak kau buat satu kesilapan dalam hidup yang memang tak boleh nak baiki? Atau, kau buat silap, tapi kau tak sedar. Then bila kau sedar je, semuanya dah terlambat untuk kau patah balik, untuk kau rawat kecacatan yang kau buat. Pernah?
Well, aku pernah.
Tapi aku tak tau samada kesilapan ini adalah di dalam atau di luar sedar aku. Aku dah besar. Yes, bulan April tahun depan, usia aku dah 20 tahun. 20 weh, dah takde belas-belas dah kalau sebut. 20, lepastu 21. Lepastu 23, 24, dan seterusnya. Lepastu puluh-puluh yang lain pulak. Kau nampak tak kat situ? Usia meningkat selaras dengan masa. Masa berlalu, dan manusia berubah.
Ya, manusia berubah. Aku berubah, kau berubah, dia berubah, mereka berubah, semua orang berubah. Tapi, berubah tu luas konsepnya, kawan-kawan. Kau bertambah comel, itu perubahan. Kau semakin gelap, itu perubahan. Kau makin rajin tolong mak, dulu kau tahu cycling je dengan anak Cina taman sebelah; itu perubahan. Kau semakin kerek, dulu kau tak pernah kisah untuk topup kredit handphone untuk gayut dengan member; itu perubahan. Kau semakin warak, dulu kau pandang remeh je dengan tudung kau, baju kau, sekarang tudung kau labuh, cakap dengan lelaki pun tak selalu macam dulu; itu perubahan. Kau semakin feminin; dulu kau mana hadap nak pakai dress bunga-bunga dengan tali halus tu; itu perubahan. Just, manusia berubah for good or not, that's the persoalan.
Kau tak boleh salahkan seseorang atas perubahan dorang. Kalau dia makin sombong pun, bencilah, benci sepuas-puasnya pada sifat benci tu. Tapi kau tak boleh benci dia. Kau benci Botak sebab dia jahat, dia pukul Daim, dia bunuh Amir. Tapi kau tak faham, kau tak tahu apa yang dia lalui sepanjang hidup dia. Kau tak tahu apa yang buat dia terjebak untuk buat jenayah tu. Kau nampak muka dia macam muka orang pecah rumah tapi kau tak tahu seganas-ganas penampilan dia pun, dia sayangkan binatang. (okay, addicted to Juvana sangat ni)
Just remind yourself that, everything happens for at least one reason. Mungkin kau tak nampak mana hikmahnya, but it's surely there. Sepanjang 19 tahun aku hidup, tak de lah banyak mana aku hadapi kekecewaan. Cehh kekecewaan. Ya, aku bersyukur hidup aku stabil. Cukup makan, ada famili, takda boyfriend tapi ramai kawan, ada handphone, ada laptop nak online, ada kucing-kucing yang manja+kerek+suka berak+beranak tak henti-henti. Alhamdulillah. Antara kekecewaan paling gempak pernah aku hadapi pun adalah failed Add Math tests sampai lah time SPM pun tak berjaya jugak dapat A. Tapi aku redha. Aku terima aku tak pandai Add Math, aku terima takdir yang sebab subjek ini lah aku tak boleh dapat straight A's. Walaupun kadang-kadang aku fikir 'hmm kalau aku struggle lebih sikit insyaAllah dah boleh A. Tak A pun, A- pun okay, A+ macam mustahil pulak'. Ahhh dua tahun dah berlalu, apa aku kisah. Janji aku lulus *okay ayat mintak penampar. Bila masuk matrik, aku fikir matrik tu senang. Sebab tiga subjek je. Aku tak struggle dah macam kat sekolah dulu *padahal mana struggle nya, study last minute ada lah. Solat aku tunggang langgang, Subuh tu memang selalu menggajah je. Mengaji berapa kali je seminggu. Yasin apa tah lagi. Melepak dah jadi habit, kalau tak depan koperasi, kat Dataran Kosmik pun jadi. Movie marathon almost every weekend. Aku focused kat basketball masa tournament sampai tak focus dekat UPS and final exams. Aku tak pay attention dalam lecture. Ha, lepas tu berjinak-jinak dengan kegiatan ponteng kelas. Duit elaun aku spend mostly kat benda merepek. Hah, puas dah aku menyesal.
Aku tahu takde guna nya aku menyesal. Nasi dah jadi bubur. Result dah keluar, permohonan UPU dah submit. Tinggal tunggu result nya je. Just sekarang aku dah sedar, aku kena berubah. Berubah for good, of course. Tingkatkan kerajinan, be more focused untuk my own future, bla bla bla *I know you don't wanna know. Everyone has their own plans, strategies. So do I. Aku tak boleh harapkan keajaiban je. Sebab semua benda bermula dari dalam diri aku sendiri, dalam diri kita sendiri.
Kau nampak tak? Nampak tak macam mana "manusia berubah" dikaitkan dengan apa yang ada pada aku sekarang? Nampak tak?
Okay, sebenarnya, bukan manusia je yang berubah. Akal pun berubah jugak.
Sebab, I wanted to write something else at the first place. Tengok lah sekarang jadi apa? Sorry lah, serious otak gua karat sekarang huehuehue.
Maka, bahawasanya aku telah pun selamat menonton filem Nur Kasih The Movie pada Khamis yang lepas iaitu pada 19Mei. Ya, dah lambat untuk aku blog-kan di sini, aku tau.
Result kanak-kanak Matrikulasi se-Malaysia dah keluar.
Result kau macam mana?
Rahsia!
Muaahhaha, enough bitching. Nasib baik tak lama pun blogger down. Kalau lama, aku nak blame dunia untuk berlaku tidak adil kepadaku.
Tapi tipulah kalau selamanya dunia ni je yang perlu disalahkan setiap kali benda malang berlaku. Kadang kadang aku perlu berterima kasih dekat makhluk-makhluk yang senyum kat aku. Sebab mak aku kata senyum itu sedekah. Namun begitu rakan-rakan, kejadian aku ter-miss subuh pada pagi Jumaat hari 13th membuatkan hariku macam celaka serba sedikit. Kalau ada mesin masa dah lama aku putar kembali masa di mana aku sedang berasmaradana dengan selimut dan bantal bantal peluk. Tapi, kau semua tau, there's no such thing in this cruel world.
Untunglah ada benda magikal yang berlaku sebaik saja aku celik mata. Iaitu kejadian di mana aku terlihat Chris Hemsworth tengah lena kat sebelah. Muahaha, mimpi! Takde makna!
Hari tu tak panas, tak mendung. Biasa-biasa je lah. Masa tu Fatien Amirah baru 9tahun. Sekolah rendah lagi. Comel? Tak pun, selekeh sikit. Nak perasan Fatien ni senang je, dia lebih tinggi daripada kebanyakan kawan-kawan dia. Tapi tak boleh kalahkan Liza, budak perempuan paling tinggi kat sekolah. Aku tengok jam, dah masuk pukul 3.35 petang. Masa pertama untuk subjek Bahasa Inggeris. Aku tak suka subjek ni dulu. Sebab tu susah sangat nak dapat A sampailah peperiksaan percubaan UPSR. Tapi takpe, sebab teacher Linda baik orangnya, aku layankan aje. Eh, boleh eh camtu?
"Alamak," teacher Linda mengeluh. Tak, aku tak pasang telinga lah! Aku duduk meja depan, sebab tu aku boleh dengar. Teacher Linda pandang aku. Eh tak, pandang kitorang. Aku dan Diyanah.
"Girls, can you help me?" tanya teacher Linda. Aku pandang Diyanah. Diyanah pandang teacher.
"Yes?" Diyanah jawab. Aku tak jawab, bukan aku taknak tolong. Aku kan pendiam, tolerable lagi, aku bagi la peluang untuk Dian sembang-sembang dengan teacher. Oh ye, nama mesra Diyanah ialah Dian. Tapi masa tu tak panggil Dian lagi. Dah besar baru panggil Dian. Masa sekolah dulu tak ingat nama panggilan dia apa, tapi aku nak panggil Dian jugak. Senang, pendek.
"Please take your friends' English 3 books on my table, in the staffroom," Aisehmen. Kena pegi staffroom ke ni? Aku dah tak sedap dah.
"Okay," Laju je Dian jawab. Terus dia pandang aku. "Jom ah," semangat membara api betul minah ni. Tau lah nak dapat sticker "Pelajar Berhati Murni". heheh, Dian kalau you baca ni, jangan marah I tau, hikhik.
Tapi aku tak senang nak pergi staffroom. Pergi staffroom, means aku akan terserempak dengan ibu. Walaupun ibu ajar sesi pagi, tapi selalunya around 3p.m. dia belum balik lagi. Sama ada menanda karangan bahasa Melayu atau sembang gosip panas dengan cikgu-cikgu lain. Masa tu staffroom kat tingkat 2. So, dari kelas aku, kena lah naik tangga tapi blok lain-lain. Tak jauh pun sebab blok kitorang bertentangan. Masa naik tangga tu lah aku sempat intai kawasan parkir. Proton Wira maroon ibu ada lagi. Ish.
Terus aku teringat kisah pagi tu.
Dan tengah hari tu, lepas je aku tukar baju biru kain biru gelap, aku naik staffroom. Selalunya ibu beli nasi untuk lunch dan dia akan letak atas meja dia. Lepas tu aku dengan Ain Farhana atau nama manja dia Nana, lepak kat pondok makan sama-sama. Nana sama sekolah rendah dengan aku lepastu kitorang jumpa balik dekat Matriks :')
Tapi, tengah hari tu. Ya, tengah hari tu, aku hampa. Ibu takde kat meja beliau, dan lebih menghampakan, takde makanan pun atas meja ibu. Apa ni ibu, pagi tadi sebelum hantar aku pegi sekolah agama dah pesan untuk jumpa dia kat staffroom. Sekarang, ibu pulak takde. Aku keluar dari staffroom, tapi masa nak keluar aku terserempak dengan ibu.
"Haa, ibu. Akak cari..." tak sempat pun aku habis cakap ibu tarik lengan aku.
"Kakak ikut ibu," dah lumrah alam, kalau orang pegang tangan kau mesti kau ikut mana dia pegi. Maka aku pun ikut mana ibu bawak aku. Aku ingat ibu nak bawak aku pegi kantin.
Aku silap besar. Ibu bawak aku masuk staffroom balik, tapi ikut pintu lagi satu. Damn, sangkaan aku meleset seratus peratus. Ibu dudukkan aku kat kerusi. Maka aku pun duduk, malas aku nak ulang part lumrah alam tadi. Aku baru je nak meluahkan perasaan aku bahawasanya perutku dalam kelaparan, tapi ibu yang meluahkan perasaan beliau terlebih dahulu.
"Kenapa teruk sangat ni kak?" soal ibu. Dia keluarkan kertas. Kertas ujian. Kertas peperiksaan, to be exact. Ada nama aku. Nama kelas aku. dan yang paling signifikan ialah nombor yang ditulis dalam bulatan dengan pen merah pada penjuru kanan atas kertas tu. Satu angka. 75%. Ya, 75%. Teruk, bukan? Biasalah dulu, 75% tu dikira sikit dan teruk. Tapi kali ni memang aku rasa sangat teruk. 75% untuk Matematik darjah Tiga? Astaghfirullahalazim, ape nak jadi dengan kau ni, Fatien? Sempat aku bermonolog dalaman.
Aku senyap. Dah tu, nak cakap apa, kang ibu cakap aku melawan. Aku senyap je lah. Aku tak tau nak cakap/buat apa. Aku takut nak pandang muka ibu. Aku tau dia marah sangat dengan aku. Dari ujian sebelum tu markah Matematik aku teruk sangat. Aku dah cakap dah dulu, aku memang ada masalah besar dengan Matematik. Tak lama tu aku dengar footsteps. Ya Allah, jangan lah ada cikgu lain dengar ibu marah-marah aku ni. Segan, tahu?
"Ala kak Yati, takde ape la. Fatien ni dia kuat berangan je dalam kelas. Nanti kalau saya perasan dia pandang tempat lain saya panggil la dia, jawab soalan kat depan ke.." Ciss, ni ugutan ke ape ni. Aku dongak. Dah agak dah. Cikgu Rozita, guru kelas aku merangkap cikgu Matematik aku jugak. Tegas, garang do. Korang memang tak boleh main-main dengan dia.
Aku tunduk balik. Kalau nak cerita bab hati dan perasaan, aku memang fail kat sini. Tapi serious aku cakap aku sebak. Hati budak 9tahun aku masa tu memang cepat sengat tergoyah ke-macho-annya, maka aku menangis. Ya, aku memang pantang kena marah dengan ibu. Ayat ibu memang senang buat orang touching.
"Kau main-main dalam kelas ke kak...blablabla.."
"Ibu dah bagi kau dengan Cikgu Rozita pun macamni jugak result kau...blablabla..."
"Kau nak ibu hantar kau tuisyen math pulak ke...blablabla.."
dan blablabla. Dan yang paling touching sekali, ibu compare-kan aku dengan classmate aku. Ya, classmate aku yang aku tengah jalan menuju ke staffroom bersama di dunia nyata ni, Dian. Dian pandai, tapi aku lagi pandai, sepatutnya. Sebab since darjah Satu, markah kitorang memang selalu dekat-dekat. Tapi still, aku yang selalu menang. Dan kali ni, keputusan peperiksaan pertengahan tahun darjah Tiga dah keluar, aku kecundang di tangan Dian. Dian belum tau, sebab selalunya memang selalu aku yang akan tau dulu sebelum kawan-kawan lain; sebab ibu; sebab ibu rajin sangat pergi jumpa Cikgu Rozita tanya segala markah dan keputusan aku!
Aku sedih. Ya, aku sedih. Tapi aku sedih dengan cara budak perempuan yang macho tengah sedih ah. Korang jangan bayang budak perempuan cengeng pulak. Mulalah ibu cakap aku dah tak fokus belajar dalam kelas. Sibuk praktis gimrama sampai tak belajar. Sibuk praktis choral speaking la, tu la, ini la. Ibu cerita lah, Dian dulu biasa biasa je, lepastu bila kawan dengan aku, Dian dah jadi top student dalam kelas. Aku tak boleh main main, sebab nanti senang sangat Dian nak potong aku. Aku dapat nombor dua dalam kelas, Dian ambik tempat aku, pertama. Ibu, nombor dua kira okay lah ibu! Tak, ibu taknak dengar, ibu tak akan peduli. Dia nak aku dapat nombor satu selalu dalam kelas. Dengan cubitan berbisa kat perut, aku malas nak cakap kan. Bisa do! Ok dah.
Aku merajuk dengan ibu. Aku tak makan tengah hari pun haritu dan biar Nana makan sorang-sorang. Aku rasa macam dunia ni sangat unfair. Aku rasa nak pindah pergi dunia lain.
| Abaikan text dalam gambar di atas, sila puji aku yg rajin dan kreatif edit gambar :) *ya, anda tak salah. Kami dlm gambar masa aku kat Integomb dulu. |
Haa, inilah ibu aku. Yang garang, cantik, emosional lah sikit. Tapi sekarang ibu dah tak boleh garang-garang sangat nanti darah ibu naik :( Ibu dah tak jadi cikgu dah sekarang. Tak, belum pencen lagi ye u'olls. Ibu saya baru 45 tahun. Baru eh? Hm boleh lah. Ibu kerja kat kementerian. Dulu senang sikit nak celebrate Mother's Day boleh sekali dengan Teacher's Day. Tapi sekarang dah lain. Huehuehue :D
Dah lah, padan muka korang siapa suruh rajin membaca sangat. Takde award untuk pembaca entri terpanjang pun.
Aku terlentang, tak sedap. Aku mengiring ke kiri. Aish orang cakap tak baik baring mengiring ke kiri. Entah kenapa, aku pun tak sempat nak kaji lagi. Aku mengiring ke kanan, pun rasa macam ayam berak kapur *eh betul ke peribahasa aku guna ni. Ah, last last aku terlentang balik. Aku tenung siling, siling tenung aku. Aku dah segan. Aku duduk pulak. Aku hadap cermin. Nampak separuh je badan aku. Hmm, kurus jugak aku ni, getusku di dalam hati. Memang silap besar lah Jinba complain aku gemuk setiap kali berhimpit himpit nak tengok movie. Aku berdiri. Aku belek belek muka aku. Cehh apesal muka aku remuk sial? Aku rapatkan muka aku ke cermin. Dang! Sejak bila cermin ni retak? Habis hilang ke-macho-an semula jadi aku.
Okay aku harus mengarahkan hati dan perasaan aku ke tujuan asal.
To do or not to do ?
Aku tenung laptop. Jam kat laptop dah pukul 3:57 a.m. Pehhh macam takkan tidur je hari ni. Aisehmen, hati tak tenang lagi.
Aku selak selak laman sosial Facebook. Manusia yang online pun makin berkurangan. Ke laman twitter pulak, sibuk kecoh pasal Real dengan Barca. Tak kisah lah apa apa pun, yang penting Messi best (Y) *tetiba; padahal tak tau apa pun.
Okay aku merepek lagi. Aku kena pandu hati aku ke arah yang benar.
Aku buka file computer. Banyak video. Kan best kalau aku upload mana mana satu. Aku pun belum pernah upload apa-apa video lagi. Mungkin dah tiba masanya.
Tapi,
Aduh, hatiku berbelah bahagi. Diluah mati emak, ditelan mati bapak *okay yang ni aku sangat pasti akan penggunaannya. Aku tarik handphone dari poket. Aku bukak inbox. Aku scroll ke bawah dan jumpa satu message yang salama ni menghantuiku sampai membuatkan hatiku tak tenteram.
Ni yang bosan ni, perkara biasa bila dah kat rumah memang payah nak duduk jauh jauh dari laptop. TV tak tengok pun takpe tau. Yang penting bila dah kat rumah mesti nak hadap laptop. Tak kisah lah layan FB sampai lebam ke, bukak Billboard tengok lagu lagu latest ke, bukak Youtube tengok video clips (oh btw aku baru je tengok Christina Perri's Jar of Hearts; best gila oooo), merayau kat Blogspot baca luahan luahan hati melankolik member ke.
Haaa.
Masalahnya, takkan ni yang aku nak buat selama cuti +-5 bulan ni?
Eh, jap. Lupa nak habaq. Cuti 5 bulan?
Tau tak apa tu kesetiaan?
Still bersenggama dengan buku-buku walaupun masa tidur.
Tau tak apa tu kebahagiaan?
Bergolek atas katil bersama buku-buku.
Tau tak apa tu kesungguhan?
Stay up sepanjang malam bersama buku-buku especially pada 'malam-malam terakhir'.
Tau tak apa tu pengorbanan?
Melepaskan buku-buku pada waktu paling genting.
Dan,
Tau tak apa tu keberanian?
Masuk exam hall walaupun tak habis baca buku.
Credits to *whatshis/hername* yang sent message ni kat aku dua malam before exam. Haha - Alasan untuk update blog :D
Tengok la nanti aku habis matrik aku update puas puas!
| Klik untuk tumbesaran |
Dulu masa aku kecik kecik, aku suka memilih kawan. Maksud aku, by their look. Aku masa kecik pandai jaga penampilan ok. Tudung aku ok je. Awning stay mantap walaupun tak semantap sekarang laa kan. Sebab tu lah aku tak suka kawan dengan budak selekeh. Kalau ada budak selekeh nak join geng aku main teng teng, kitorang cakap,
"Huh, tak boleh! Awak punya tudung ada sambal!"
Peduli apa dia nak nangis ke apa. Kejam kan kejam kan. Dan lagi satu, aku pernah ada issue nak berkawan dengan budak lelaki kelas aku masa aku sekolah rendah, masa Tahap 1 to be exact. When we were having Pendidikan Jasmani, we would line up according to our sport houses. So, sebab aku ni memang mangat habis masa kelas Pendidikan Jasmani, aku selalu line up paling depan dalam barisan budak perempuan, so bila kena gabung satu house, aku kena laa beratur belakang budak lelaki. And, the boy in front of me would be the tallest, yet the biggest among all boys of our class! So, just imagine, every time after main, dengan berpeluh peluh tu, we had to line up. And when the ketua class cakap,
"Angkat, jatuh, angkat, jatuh",
I have had to put my hands on his shoulders! Erghh, geli hell! *No offense, hihihi :D
Tu dulu masa aku kecik kecik. Aku selalu judge orang by their physical appearance. Orang gemuk sikit, tak lawa sikit, selekeh sikit, aku dah tanak kawan.
Macam laa aku ni
Aku ada ingat satu insiden, seorang budak perempuan ni memang mempunyai tahap kegemukan yang semulajadi melampau. Aku tak pernah nak layan apa dia cakap. Huh! Jahat kan aku, eh tapi takde laa tak pernah. Maybe ada, sekali dua barangkali. Kitorang selalu pulaukan dia kalau nak main getah yang lompat lompat tu. Tapi, pada suatu petang yang tak de la panas, tak sejuk gak, suam suam kuku la kan, dia bagi aku pinjam payung dia! Pehh concern bhai! Aku terharu bagai nak gila terus terima pelawaan dia, huh tak segan, kan kan.
Zaman sekolah dah berlalu. Sekarang kat college pulak. It's not that I'm gonna say that aku sama macam dulu, memilih kawan by their appearance. NO. Cuma, bila aku terjumpa seseorang yang err, sorry for the word, tapi dia memang
And and siapa sangka, Fatien and the beast would become friends sampai sekarang? Kitorang mula kenal masa main basketball. See, we share the same interest in sport, even though dia ada black belt for taekwondo, aku takde -.- Lepastu, whenever we get back at college after cuti ke, sure aku akan dapat text macam ni,
"Hai awak, dinner kita macam mana?"
Aku tak tau laa dia nak concern dinner aku, or dinner dia sendiri. Tapi, tak kisah laa, demi dia, kalau dia ajak pergi koperasi, aku memang sedia temankan. Asal dapat maggi hotcup pun dia dah bersyukur.
Kadang kadang kan, dia selalu mengeluh dia tak lawa, "Ish, asal buruk ni?" masa tengok muka dia depan cermin. Aku kesian jugak kat dia, tapi dia cakap, "Ni ayah aku punya pasal la ni. Semua aku ikut dia"
Tapi, yang aku hairan sangat, dia ramai sangat scandal despite of her muka buruk ni. Masa awal awal masuk kolej ni, merata rata jalan mesrti ada je yang tegur dia. Lelaki la yang paling ramai. Bila malam je, banyak pulak message yang masuk inbox. Yang paling best, bukan lelaki je yang menaruh harapan kat dia. HAHA! Scary much?
Okay, jangan fikir lain. Mari ke pangkal jalan!
Oh yea, mesti korang dah sepak sepak bantal depan korang takpun gigit screen PC korang sebab tak sabar nak tau siapa dia ni. Huh lek luuh, apa laa korang ni. Kesabaran tu kan hak milik setiap insan.
Speaking of which, dia ni penyabar orangnya. Yelah, menjalani kehidupan sebagai orang buruk yang penuh getir dan liku, kenalah sentiasa sabar. Plus, kawan kawan selalu ejek dia punya sebutan konsonan 'D'. Kegagalan dia menyebut perkataan favorite kita-kita iaitu 'bodoh' sering menjadi bahan tawa. Mana tak nya, orang lain sebut 'bodoh' dia sebut 'bodho'. Hehehe peace beb! Kesabaran itu hak milik setiap insan :)
Okay okay, sekarang aku nak kenalkan korang dengan gerangan orang yang kita umpatkan dari tadi :3
| Ish dah laa buruk, ada hati nak amik gambar poyo camni --' |
| Sila pengsan ye kawan kawan. |
| Kan aku cakap, ni baru satu. Sebenarnya raaaamai lagi :O |
| Tak sedar diri betul -.- |
| Tengok tu, ish ish *speechless |
| Bajet solehah laa pulak hmmph! |
| Ya Allah, apesal BURUK sangat ni? Tolonglah. Aaaaa! |
Dia selalu tak puas hati dengan adik dia, sebab adik dia lagi comel dari dia. Dia selalu cakap,
"Nasib baik umur kitorang jauh beza, sebab, kalau tak, mungkin dia berpotensi untuk rampas pakwe aku nanti"
-.-
Dia jugak pernah ajak aku ke arah memesongkan akidah. Betuuul *tiru gaya dia cakap. Buktinya, pada suatu petang masa aku ponteng lecture Chemistry sebab sakit kepala yang teramat sangat, dia hantar message kat aku yang berbunyi,
"Weh, jom buat sesuatu yang gila nak tak? Terjun bangunan ke, telan api ke. Bosan laa"
Aku pun nggak ngerti deh ngapain lho dia bilangin gitu ke aku. Gila ini cewek. Astaga *geleng kepala. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya aku yang pulihkan dia ke kondisi yang normal. Hihohohihohiho.
Hmm, sebenarnya bukan sengaja aku post benda ni. Yelah, buang masa, space kat blog aku je tulis pasal dia ni hmmph! Tak tak, sebenarnya, hari ni, ialah hari yang bertarikh 20 Mac 2011. Hari di mana budak perempuan yang kita duk ngumpat dari tadi telah melalui satu fasa baru, iaitu perubahan umur dari 18 ke (genap) 19tahun. Boohooo ayuh lempar spanar cakera ke arah beliau nescaya akan diingatinya tarikh keramat ni! Ayuh ayuhh!
Straight to the point ok, babis ;
Updates
Updates
-
I'm at TSJ 3, Taman Sri Jelok (Taman Sri Jelok, Kajang) http://t.co/peaKJy4H
-
I'm at Maxis Center @ Metro Kajang http://t.co/Ghjdw3sW
-
@AinnHrs Untung leww
-
Aghh, screw this.
-
Watching Talentime @ astroria, alone.
-
@mallynaalias ha? Serious?
-
Bosan la kome ni. /:
-
@eYemanFadhil selamat pagi cikgu, :B
-
Kat bbm boleh tukar bubble color eh? Baru perasan. K
-
@amirashoed untungla bangun pagi ada orang masakkan D:
-
@royyDM @SYAHIROMP err, hi royy :D
-
"We both know it's pure bullshit. But at least, this time, she can deal with your bullshit, not me." @mmhshm ☺
-
@yy_karniela Jauhhhnya. Haha. Ramai-ramai?
-
@yy_karniela amazing race? Ada apa?
-
Le me in the living room and ibu in her room. Ibu's so sweet liddat :D http://t.co/kQzujM5R
-
@AinnHrs nice one! Mcm penah nampak :B galaxy siapa pulak ni o.O
-
Amri yg bgtau aku -.- dia tipu ke weh? /: RT @themirfan: @AinnHrs jgn pcaye ckap fatien...:O #boyaaa http://t.co/vISs0X1c
Answers
-
takdeAsked by Muhammad Farhan 4 months ago
-
-___-Asked by caca 4 months ago
-
makanAsked by fatini husna 4 months ago
-
this someone :OAsked by fatini husna 4 months ago
-
takdopAsked by Muhammad Farhan 4 months ago
-
kau annoying :PAsked by hasfanizam 4 months ago
-
kau pandai :)Asked by hasfanizam 4 months ago
-
i doooooooooooooooooooo!Asked by balqish 4 months ago
-
tahlahAsked by hasfanizam 4 months ago
-
kantoi terkentut. oops tp dpn cousins je :PAsked by hasfanizam 4 months ago
-
with dignity opkozAsked by hasfanizam 4 months ago
-
biology hohoAsked by hasfanizam 4 months ago
-
tepi pantai hohoAsked by hasfanizam 4 months ago
-
jomAsked by ct.nuza 4 months ago
-
hmmAsked by FaUziaH trEz 4 months ago
-
bothAsked by hasfanizam 4 months ago
-
be awesome :)Asked by hasfanizam 4 months ago
-
jawa hehehAsked by ct.nuza 4 months ago
-
negaraku. hehhAsked by ct.nuza 4 months ago
-
nerdAsked by ct.nuza 4 months ago